Tentang Kami

Jenama ini diuruskan oleh Trafik Dagang ( MA0269344-H ) yang bekerjasama dengan Millionmind Sdn Bhd (1181212-T) yang mana asalnya hanya menjalankan kerja-kerja setiausaha syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui keahlian Persatuan Akauntan Malaysia (MIA–Malaysia Institute of Accountant) melalui jenama pemasaran registersdnbhd.com iaitu yang melibatkan proses penubuhan dan pengurusan sdn bhd sahaja.
Sejarah Millionmind boleh di rujuk serba sedikit di laman sesawang utama millionmind4u.com. Servis ini di mulakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlaku (PKP) di mana ramai usahawan yang sukar untuk uruskan perbaharui lesen niaga SSM. Kami hadir di pasaran sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang membantu usahawan terutamanya luar bandar yang berada jauh dari pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun mana-mana agent yang di lantik oleh pihak SSM untuk uruskan sebarang permohonan berkaitan SSM secara atas talian.
Fokus kami fasa pertama adalah hanya terhadap segala urusan SSM dan menjadi pemudahcara kepada usahawan. Fasa seterusnya kami berhajat untuk membantu usahawan dan menjadi pemudahcara untuk urusan lain yang melibatkan proses memperbaharui apa-apa lesen yang terdapat di Malaysia ini untuk keperluan usahawan.
Laman sesawang kami hanya menguruskan permohonan melalui komunikasi 2 hala iaitu terima maklumat dan maklum balas dari pelanggan kami melalui medium komunikasi WhatssApp. Sekiranya bersetuju baru lah pihak kami uruskan permohonan berkenaan dan terima bayaran dengan memberikan akaun bank yang di nyatakan. Pihak kami tidak menerima sebarang pembayaran melalui sebarang web @ laman sesawang. Dan bagi yang berdekatan alamat yang kami nyatakan anda boleh hadir untuk menyemak kewujudan kami.

SEBARANG PERTANYAAN
Hubungi Kami
salam@daftarperniagaan.com
Pejabat
Trafik Dagang -MA0269344-H (daftarperniagaan.com )
No. 10-23A, Tingkat 10, Kenwingston Business Centre, Persiaran Bestari, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor.